Monday, January 31, 2005

SILATURRAHIM TERJALIN

Pada 29/01/2005 (Sabtu) Presiden Geng Mak Itam (G.M.I) iaitu En.Basri telah menganjurkan satu sessi Poolside BBQ bertempat di Mutiara Subang. So dalam kul 6.00 petang aku start bergerak menuju ke Subang dari kajang. Sekali tersangkut dalam jem kat airport subang. Rupa-rupanya ada jualan gudang di kampung melayu Subang. Perghhhh punyalah banyak umat manusia kat sana. So aku sampai kat rumah Presiden G.M.I dalam kul 6.45 petang serentak dengan ketibaan E-1 dan Atoibolan. So kami bergerak menuju ke rumah Basri. Aiseyyy…blom mula lagi laa so kami pon menolong Basri mensetup logistik dan arena pertempuran BBQ tu. Masa sampai tu si nana, adik Basri yang hensem tu, Eisya dan Lin dah ada dah. Selepas tu Op dan Rudy dan walid pun sampai. Kira cun laa kan pasal tenaga kerja dah ada. Proses memunggah segala keperluan ke kawasan kolam renang dilaksanakan dengan segera dimana ayam dan ikan (khas untuk walid konon :p), segala sos, bekas air (atoi punya), botol aiskrim soda, air mineral di angkut dulu. E1 di tugaskan untuk menghidupkan api untuk mendapatkan bara demi memastikan ayam dapat di panggang. Aku tengok berpeluh-peluh si E1 nak menghidup api. Setelah bermacam-macam skil dan teknik digunakan akhirnya api dapat dihidupkan. Bermulalah babak-babak membakar ayam tu. Semangat muafakat dapat dilihat kerana para blogger bergotong-royong untuk membakar ayam dan mengipas api. Aku tengok je pasal tak tahan dengan asap nanti mata berair. Semasa ayam dimasak semakin ramai blogger yang hadir sampai aku tak sempat nak bersalaman dengan kesemuanya.

Selepas tu sampailah aksi yang ditunggu-tunggu iaitu upacara makan. Terlebih dahulu aku ingin mengucapkan terima kasih kepada Basri kerasa menyediakan Mee Hoon yang super Nalla nyer sedap. Waaaa….memang sedap seyyyy ayam panggang nih. Memang boleh jual laaa. Pastu ada blogger yang bawa potluck seperti Triffle, Makaroni Bakar, Popia Goreng dan lain-lain lagi. Kira meriah laaaa. So aku makan ayam je pasal tengah diet :p. Aku terharu pasal ramai blogger bersatu hati untuk menjayakan majlis ini. Kalau tidak kita sendiri yang memeriahkan majlis siapa lagi??? So syabas kepada mereka yang telah hadir.

Kepada tuan rumah a.k.a Basri aku tabik spring kat ko dan urusetia BBQ kerana dapat handle majlis nih dengan lancar dan tanpa sebarang kejadian yang tidak di ingini. Lenkali kita setup kat tempat lain lak. Ermm…pada mereka yg nak tengok pixs masa BBQ tu boleh laa klik pada nama-nama yang berkenaan. Mungkin ada nama yang tidak ku sebut tapi ini kerana ku lupa tetapi kalian tetap didalam hati ini. Wassalam……..

Monday, January 24, 2005

RIZ berkata...........

Terima kasih ku ucapkan padamu kerana sudi memberikan ruang di dalam hati mu untuk seorang lelaki yg berkostium beruang seperti aku ini. Terima kasih kerana mempercayai diri ini yang kekurangan serba-serbi untuk berkongsi perasaan dan rasa. Aku hanya ingin memanjakan dan dimanjakan oleh mu. Terima kasih kerana memberi aku peluang untuk merasai nikmat kasih sayangmu yg kurasakan amat berharga. Sehingga aku takut kehilangan mu. Syukur pada tuhan yang memberikan aku kekuatan untuk terus berjuang menentang arus yang deras. Aku hanya insan biasa yang menjanjikan tertumpahnya janji ikhlas untuk dikongsi bersama. Ketika di telefon lidah aku kelu....mengapa?. Mungkinkah ini yang aku cari selama ini?

P/s:Cukuplah dengan apa yang telah terungkai di antara kita. Biarlah ianya menjadi rahsia kita selagi boleh. Malaysia boleh :p

Tuesday, January 18, 2005

MERAMAS MESRA SAMBIL MELANTIT

Sepasang Tangan Makhluk Sedang Beraksi :p

Wahahahhh….setelah sekian lama aku mengidam untuk berjumpa Mat Jan akhirnya dapat juga aku mensetup majlis lantit bertempat di kajang. Sepatutnya program melantit ini berlangsung pada hari ahad yg lepas tapi bak kata Lapan,”Mat Jan telah mengikut bontot jantan lain”. Cehhhh…..terasa diri terselamat :p

So kena la tunda pada hari isnin (semalam) dan setelah bertegang kibod di dalam YM dengan ND aku berjaya meracun MJ untuk turun ke kajang. Seperti yang aku janjikan, aku berada di komuter Kajang tepat jam 6 petang dan macam biasa MJ berjanji menggunakan jam melayu so dalam 6.15 baru nampak batang hidung dia. Sekali aku memaksakan diri untuk menyedari ada hamba tuhan yg lain mengekori MJ. Yaaaaa…rerupanyer si Yaabna @ Annuar. Selepas memikap dorang aku shoot laa terus gi Satay Hj Samuri untuk membeli kain batik….eh!!! Silap….beli sate daaaaaa.Tunggu Nadzmi pulak dan dia naik moto, senang katanyer. Masa nak turun beli sate tu laa MJ mendapat satu panggilan misteri yang bakal membuatkan aku sesak nafas. Yeahhhh…ada lagi gejuis yg mahu melantit bersama. Alamak…dengan konpiden nyer aku membeli sate 100 cucuk (dengan bangganyer :p) untuk menjamu kengkawan aku yang aku amat sayangi (cehhhh….:p)

Wartawan dan Dr.Veterinar yg Sedang Ponteng Keje :p


Selepas sate siap dibakar sehingga masak, aromanyer memenuhi kereta aku yg dipenuhi 3 orang manusia yang mengidam nak makan sate Kajang, aku bergerak menuju ke port yg telah ditetapkan iaitu istana Lapan.Selang 20 minit selepas tu Dobot pon sampai. So dipendekkan cerita kami bersembang,memekak,mengumpat,mengutuk dan perkara-perkara yang sewaktu dengannyer. Amat seronok dapat melantit dan dilantit bersama rakan-rakan. So sepatutnyer menjelang pukul 8 sepatutnyer gejuis yang lain sampai tapi tak sampai-sampai. Apa lagi melantit sate pepuas laa.

Pehtu MJ dan konco-konconya bergerak menuju ke MALI untuk sessi Lantit yang kedua. Aku tak pergi pasal tolong tuan rumah kemas-kemas apa yang patut dan layan karya-karya terhebat dia sementara dia ngan along (wife lapan) membasuh pinggan mangkuk.

Yaabna N MJ mendengar Tazkirah


So badan pon dah penat, rambut pon dah basah…apa lagi…setelah mengucapkan terima kasih kepada tuan rumah aku membawa diri aku yg tidak sepertinyer ini ke rumah.

P/s:Thanks Lapan pasal ada back up bajet. :p
Perkataan Meramas mesra diambil dari Kay_Rex

Pelantit : Petz, Lapan, Mat Jan, Yaabna, Nadzmi, Dobot.

Nak kena Lantit : Yadziz, Langsat, Salina errrr...tu je kot. Lenkali kita setting cun2 uptown.

Saturday, January 15, 2005

Persahabatan Terjalin

Apabila bersahabat, diri sendiri & sahabat harus mempunyai tanggungjawab & punya harapannya sendiri. Antaranya ialah :-
1. Ketahanan bergurau senda, adat bergurau terlebih usik. Pastikan kita & sahabat saling boleh menerima gurauan oleh itu berfikir dahulu sebelum ianya berlaku.
2. Jgn terlalu celupar atau mengkritik, kita sendiri tidak semestinya bagus dan betul.
3. Jgn terlalu mengambil tahu hal peribadi org terdekat dgn sahabat spt tunang, isteri/suaminya atau kaum keluarganya.
4. Perkara sensitif spt gaji, kenaikan pangkat & hutangnya usah ditanya.
5. Pandai menyimpan rahsia terutama hal peribadi spt rumahtangga atau hubungan suami isteri sahabat.
6. Terima kekurangan & keburukan sahabat seadanya. Cuba lihat nilai positifnya dan lihat diri sendiri, diri kita tidak tentunya baik.
7. Bijak menyesuaikan tutur kata dgn emosi sahabat. Jangan cakap mengikut sedap mulut tanpa memikir kesannya kepada sahabat.
8. Berita baik atau berita sedih sahabat, biarlah dia sendiri memberitahu rakan lain walaupun kita sudah mengetahui. Ini tanda kita menghormatinya. Jangan terlalu busy body dengan cerita kehidupan sahabat kita tanpa memikir kesannya kepada sahabat kita.
9. Menghormati hak & kehidupan peribadi sahabat. beri peluang sahabat bersendiri. Jikalau terlalu berdampingan, mungkin menjemukan & kita hanya menyekat perhubungan dgn insan lain.
10. Jika salah seorg marah, beri peluang dia melepaskan amarah di hati. Jgn dibalas, berdiam & tunggu hingga dia reda & sejuk. Pasti hubungan akan kembali spt biasa. Manusia harus menerima hakikat setiap org ada lautan hati yg pasang surut.
11. Sewaktu sahabat sedang marah, elok mendiamkan diri. Jikalau dia mengomel, dengar & angguk. Itu lebih baik dpd membuat komen. Ia boleh memburukkan keadaan.
12. Jangan memburukkan sahabat di hadapan orang lain dan membanggakan diri dengan mengadakan cerita i.e. kekayaan, kecantikkan dan sebagainya.
Bangga diri tidak membawa kita ke mana-mana sebaliknya bersyukur dgn apa yang dikurnia oleh Allah s.w.t Rasulullah s.a.w. bersabda:"Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air." Bila seorang bertanya, "Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?" Rasulullah s.a.w. bersabda, "Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran."
P/s: selalunyer kita buat yang sebaliknya....

Friday, January 14, 2005

Adik
Terasa bagaikan semalam baruku berkenalan dengan mu
Di kedai nasi lemak kepunyaan ibu mu
Nama mu selalu bermain dibibir ibu mu
Telah sekian lama baru ku bersua muka
Raut wajahmu yg bersih menceritakan segalanya
Namun aku kaget kerana pada pagi itu
Ibu mu menelefon memberitahu tentang pemergian mu
Aku pasrah dan terasa amat fana
Adik
Semoga kau bersemadi dengan aman dan tenteram
Dikalangan mereka-mereka yg beriman dan beramal soleh
Al-Fatihah...........
Kepada Allahyarhamah Faizah yg berusia 14 tahun telah menyahut seruan Ilahi pada 10/01/2005 di Shah Alam.Izinkanlah aku untuk menyendiri...........buat sementara waktu :(

Saturday, January 01, 2005

TAHUN 2005

Assalamualaikum w.b.t

Tahun 2004 banyak perkara telah berlaku di dalam hidup aku dan ianya bercampur-baur di antara suka dan duka, manis dan pahit serta dalam rela atau pun terpaksa. Aku terus bertambah usia tapi terasa sedikit pencapaian yang aku perolehi. Dan yang paling terasa dalam hati ini ialah satu kesunyian yang tak dapat terungkap pada sesiapa pun. Pada siapa harus aku berkongsi kesunyian ini. Sudah masuk 27 tahun aku hidup di dalam dunia ini tapi aku masih tidak mempunyai dan dipunyai oleh sesiapa. Gasak laa kalau korang kata aku nih POYO tapi aku peduliksss apa. Janji aku jujur dengan diri sendiri dan jujur pada teman-teman. Kalau cerita manis-manis tapi terselindung hempedu pun apa gunanya. Terasa ingin ku putar kembali saat-sat manis dan indah tapi apakan daya aku hanyalah insan kerdil (walau pun besar :p) tanpa apa-apa kuasa ajaib macam doraemon. Ternyata kita harus dan terus melangkah ke hadapan walau apa pun yang berlaku. Sama ada suka atau pun tidak kita harus memberikan usaha yang terbaik kerana dengan usaha yang terbaik tahap dewata raya pun kalau Allah tidak mengizinkannya pun ianya tidak akan terlaksana.
Teman datang dan pergi, begitulah seterusnya pada tahun 2005 tapi jauh di sudut hati ini aku tetap bersyukur kerana mendapat peluang mendapat ramai kawan-kawan baru berbanding kawan-kawan yang pergi. Di tinggalkan atau meninggalkan seseorang kadangkala bukanlah dalam rela tapi mungkin di saat dan waktu itu hanya itulah jalan penyelesaian yang terbaik untuk semua pihak, yang penting tiada dendam kesumat yang menghantui perjalanan.Aku panjatkan puji-pujian padaNya kerana dengan izinNya aku telah pun melalui 2004 walau dengan rahmatNya. Namun sifat manusia yang sering lalai.......
Kepada kawan-kawan yang ada, harapan ku agar dibenarkan aku bertapak didalam hatimu kerana aku kena mengaku tanpa rakan-rakan aku akan goyah dan tak mustahil akan tersungkur.Kalau tak tidak mengapa, mungkin perjalanan ini milik aku seorang dan akan seterusnya begitu. Jangan dipandang kepada yang gembira dan jangan dinilai pada yang menangis...kerana kita hanyalah pelakon........
Terima kasih pada yang sudi memahami diri ini....aku amat menghargainya....Wassalam.
2005 Let We Begin...........

Monday, December 27, 2004

GEJU GATHERING 2004

Alhamdulillah,setelah sekian lama berangan untuk menyertai Majlis Perjumpaan GEJU akhirnya tercapai. Semalam merupakan hari yang akan aku kenang dalam hidup aku.Berjumpa dengan para blogger yang hebat-hebat menyedarkan aku yang diri ini tidak bersendirian dalam menongkah arus penulisan di alam maya nih.Basri,OP,Wakdin,Tok R,Uncle EP,Sultan Muzaffar,Purbe dan lain-lain amat ramah melayan aku yang kerdil nih (walau pun aku nih besar :p)
Jutaan tahniah kepada majlis urusetia yang berjaya mengendalikan majlis nih dengan penuh gemilang. Dalam gembira ada duka di mana MatJan,Kekure Sakti,Salleh Kamil dan beberapa kerat tidak dapat menyertai majlis nih di atas sebab-sebab yang relevan. Semoga kami dipertemukan pada suatu hari nanti.
Tak lupa pada pemenang meja paling HAVOC tu....,tahniahlah pasal berjaya membuktikan anda merupakan yang terbaik :p. Terima kasih kerana sudi berbual dengan aku yang encem nih dan aku rasa macam dah lama pulak kenal korang nih. Kepada Lenzit thanks kawan kerana sudi melepakkan diri di meja aku sepanjang sesi majlis berlangsung. Dan tak lupa kepada Lapan kerana sudi pergi dengan aku.
Aku percaya dengan berlangsungnya majlis nih kita dapat mencapai objektif kita iaitu untuk berkenalan dengan para bloggers yang lain dan bernaung dibawah satu payung yang sama.

Monday, December 20, 2004

Muahahah

Rules From Men.. Read this
We always hear "the rules" from the female side.
Now here are the rules from the male side.
These are our rules! Please note... these are all
numbered "1" ON PURPOSE!

Learn to work the toilet seat. You're a big girl. If it's up, put it down.
We need it up, you need it down. You don't hear us complaining about you
leaving it down.
Sunday sports. It's like the full moon or the changing of the tides. Let it
be. Shopping is NOT a sport. And no, we are never going to think of it that way.
Crying is blackmail.
Ask for what you want. Let us be clear on this one: Subtle hints do not
work! Strong hints do not work! Obvious hints do not work!Just say it! For
goodness sake!
Yes and No are perfectly acceptable answers to almost every question.
Come to us with a problem only if you want help solving it.That's what we
do. Sympathy is what your girlfriends are for.
A headache that lasts for 17 months is a problem. See a doctor.
Anything we said 6 months ago is inadmissible in an argument. In fact, all
comments become null and void after 7 days.
If you won't dress like the Victoria's Secret girls, don't expect us to act
like soap opera guys.
If you think you're fat, you probably are. Don't ask us.
If something we said can be interpreted two ways and one of the ways makes
you sad or angry, we meant the other one.
You can either ask us to do something or tell us how you want it done. Not
both. If you already know best how to do it, just do it yourself.
Whenever possible, please say whatever you have to say during commercials.
Christopher Columbus did not need directions and neither do we.
ALL men see in only 16 colours, like Windows default settings. Peach, for
example, is a fruit, not a colour. Pumpkin is also a fruit. We have no idea
what mauve is.
If it itches, it will be scratched. We do that.
If we ask what is wrong and you say "nothing," we will act like nothing's
wrong. We know you are lying, but it is just not worth the hassle.
If you ask a question you don't want an answer to, expect an answer you
don't want to hear.
When we have to go somewhere, absolutely anything you wear is fine...
Really.
Don't ask us what we're thinking about unless you are prepared to discuss
such topics as cricket, soccer or rugby
You have enough clothes.
You have too many shoes.
I am in shape. Round is a shape.
Thank you for reading this...Yes, I know, I have to sleep on the couch
tonight, but did you know men really don't mind that, it's like camping.
Pass this to as many men as you can - to give them a laugh.
Pass this to as many women as you can - to give them a bigger laugh!!
compliments to Salleh Kamil for this stuff....

Wednesday, December 15, 2004

JIWAng

JANGAN KATAKAN

DAN KATAKANLAH!!!

Andainya kamu berkenalan
Jangan katakan
"Ah... siapa juga kamu"
Tapi...katakanlah
"Aku senang dengan perkenalan ini"
Pasti kenalan akan bertukar menjadi kawan
Andai kamu sedang berkawan
Jangan katakan
"Ah...aku punya ramai kawan"
Tapi...katakanlah
"Kamu adalah special berbanding yang lain"
Pasti kawan akan bertukar menjadi cinta
Andai kamu sedang bercinta
Jangan katakan
"Ah...aku masih boleh cari cinta yang lain"
Tapi katakanlah
"Kamu adalah segalanya dalam hidup ku"
Pasti cinta bertapak kuat dalam hati mu
Andai kamu pernah bercinta
Jangan katakan
"Ah...kamu cuma orang kedua dalam hidup ku"
Tapi katakanlah
"Kamu terbaik dalam hidup ku"
Pasti tidak ujud rasa cemburu
Andai perkenalan bertukar menjadi kawan
Andai kawan bertukar menjadi cinta
Andai cinta tiada cemburu
Maka akan ujud keikhlasan
kejujuran
keyakinan
kepercayaan
ketelusan
kesetiaan
Yang akhirnya menjadi satu cinta AGUNG
Yang tiada tandingan
Pada Siapa...???
...............................................................

p/s : cinta tiada cemburu? bio betul beb...


Lagi sekali thanks pada ayu melaka kerana email mu ini.... :p

Monday, December 13, 2004

PERSANDINGAN KAWAN

Zaki sedang menceritakan nikmat perkahwinan pada aku nih... :p

Pada hari sabtu bersamaaan 11/12/2004 selepas seminggu dari persandingan di pihak perempuan maka tibalah turn pihak lelaki untuk menjamu suadara-mara,kengkawan dan makhluk-makhluk yang berkenaan. Aku datang agak lambat ke majlis nih lebih kurang pukul 3.30ptg. Apa nak buat aku diserang astma pada belah pagi so apa boleh buat. Kena berehat sambil melayan astro laa...

Mata zaki sampai tertutup masa menceritakan ntah apa2 ntah :p

Lauk-pauk di sini macam biasa dimasak secara gotong royong dan dihidangkan secara buffet. Err...ada nasik minyak, ayam masak merah, rendang daging dan dalcha. Sedap siot...tapi apakan daya aku terpaksa kontrol hensem pasal banyak aweksss laaa dalam majlis tu. Alhamdulillah majlis telah pon berlangsung dengan meriahnyer dengan ramai kengkawan masa sekolah dulu yang aku jumpa. Kepada Zaki yang aku suspek telah pon menjalankan projek pecah tanah...:p aku ucapkan selamat Pengantin Baru Semoga Berkekekalan Sehingga Ke Anak Cucu.........Amin.............

Saturday, December 04, 2004

DENGAN SEKALI LAFAZ

Bakal Pengantin sedang di kutbah oleh jurunikah

Sesi mengambil berkat :p

Antara hantaran untuk tayangan umum...

Pada 2/12/04 aku telah pergi ke Kampung Gajah di Pasir Salak, Perak Darul Ridzuan untuk menghadiri pernikahan sahabat baik aku iaitu Mohd Zaki Bin Abdul Latif. Pada mulanya aku diminta untuk mengiringi kereta pengantin tapi disebabkan masalah teknikal aku aku diminta oleh pengantin untuk membawa kereta pengantin :p . Kiranya aku di kelompok VVIP laa. Bertolak dari kajang pada pukul 8.00pagi dan sampai ke lokasi sasaran pada 1.00ptg. Seronok laa kete si Zaki nih..., Iswara 1.5 baru complete dengan monitor. Sambil drive layan cerita Puteri Gunung Ledang. Anyway aku tetap mengamalkan pemanduan berkhemah dengan mengikuti segala undang-undang jalan raya Malaysia ni. Perghhhh....boleh tahan gak jauhnyer lokasi nih tapi apabila menghampiri lokasi aku rasa beshhh pasal ada sawah padi (tgh musim menuai), ada ladang kelapa sawit (cehhh!!!) dan pelbagai lagi. Kampung Gajah nih terkenal dengan dusun deghoyannyer sampai ada replika gergasi buah ni. Di pendekkan cerita sampailah kami ke masjid Kampung Gajah nih. Besar gak mesjid nih dan kami lunch dulu. Pehtu sesi nikah bermula. Cayalah...dengan sekali lafaz je sah laa status kawan aku nih sebagai pemakan daging halal :p.... muahahahahhh. Pehtu singgah ke rumah pihak perempuan untuk sesi kenduri kecil kerana majlis persandingan hanya akan berlaku pada 4/12/04. Lauk-pauk kampung tetapi ternyata mampu membuatkan aku 4-5 kali tambah nasi. Masak lemak putih labu, ayam masak kicap, ikan kembong goreng, kerabu sayur dan yang paling besh ialah sambal belacan yang dicampurkan dengan buah bacang. Waallaaaaa!!!Ternyata memang besh.

Ambik gambar lebih kurang dan bertolak balik ke Kajang (eheheh...tak sempat pengantin bikin projek pecah tanah) dan sampai dengan selamatnyer pada pukul 8.00mlm. Memang meletihkan tapi aku happy kerana dapat bersama kawan-kawan dan sahabat handai menghantar pengantin nih. Aku mendoakan semoga korang berbahagia hingga ke akhir hayat. Aminnnnnnn.........

Friday, November 26, 2004

KENAPA AKU DIUJI?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu,padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
-Surah Al-Baqarah ayat 216

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
-Surah Al-Baqarah ayat 286

RASA FRUST?
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman."
-Surah Al-Imran ayat 139

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu(menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, dimedan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya(mencapai kemenangan)."
-Surah Al-Imran ayat 200
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepadaorang-orang yang khusyuk"
-Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min,diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka
-Surah At-Taubah ayat 111

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya.Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
-Surah At-Taubah ayat 129

AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!
"... ..dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah.Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
-Surah Yusuf ayat 12

Aku terbaca artikel nih dalam email dan aku salin ke dalam blog aku ini. Semoga kita semua dapat manfaat darinya.

P/s:Macam-macam perkara berlaku pada aku semenjak dua menjak nih :p

Wednesday, November 17, 2004

..::AKU, E1, ND, WIRA & LANTIT::..
Pada 12/11/04 tempoh hari aku berpeluang berbuka dengan E-1,ND dan,Wira di Restoran Syed kat Kelana Jaya. Setelah janji dimenterai secara bidan terjun 10 tingkat kitorang pon bersetuju untuk berpuak di Syed pukul 6.30 petang. Aku kuar opis pukul 5.45 petang dan sampai kat lokasi sasaran tepat pada jam 6.00 petang. Aiseyyy terawal laa pulak.Aku parking betul2 sebelah syed dan lepak kat luar sambil menunggu suspek2 yang berkenaan untuk memunculkan diri. Sekali henpon aku berbunyi....,rerupanya si ND call bertanyakan kawasan sasaran yang sebenarnya. Anyway di Kelana Jaya nih ada 2 restoren Syed iaitu di Glomac dan juga di sebelah kedai perabot.So si ND nih dah sampai kat Glomac dan terpaksalah ND berpusing kembali mencari arah kembali pangkal jalan. Sementara menunggu si ND nih aku menerima satu SMS dari E1 yang melaporkan beliau selamat tiba di lokasi sasaran dan kami pun berjumpa buat kali pertama dan dengan tetiba lak baru je nak memanaskan kerusi hujan renyai turun...,seperti ada rahmat di sebalik semua nih ehwahhhh. Perghhh....mamat nih tinggi seyyyy macam pak arab.Selang 5 min si ND pun sampai dengan membawa pau sambal.Karipap sardin habis katanya so sebagai gantinyer dia beli pau sambal yang nyummmm tak kurang gempak dan lantitnya.Pehtu Wira pun sampai dan dengan lantitnya meletakan helmet dan begnya dan bergegas ke param @ PAsar RAMadhan yang dah tak serupa param (lagi 2 hari nak raya) untuk membeli char kuay @ chakui.

Pehtu aku ambik laa nasi beriani dan kari kambing yang nampak lantit dimata aku nih untuk dibuat berbuka. Si ND dan E1 ambik nasik beriani bukhara yang tak kurang lantitnya di mata diorang. Si wira hanya melantit kuih je pasal dia melantit nasik belah malam nanti.Makan punya makan perut pon dah kenyang so apa lagi...,sesi borak2 kosong pon bermula dengan rancaknya dan tetiba hujan yang tadinya hanya renyai tetiba menjadik lebat giler. So terpaksalah kami meng`order`kan teh tarik gelas besar sebanyak bergelas-gelas untuk memenuhi nafsu serakah kami yang lantit nih.Jam menunjukan jam 11malam so kami kena gerak khas pasal ND keje lak pada keesokan harinya.E1 berjaya menobatkan dirinyer sebagai OKB dengan ikhlas serta machonyer menaja majlis berbuka puasa nih.Terima kasih banyak E1!!!. Aku bergerak menuju ke rumah apa bila diorang semua dah bergerak balik ke destinasi memasing.........Aku akan berusaha mengenang detik2 manis nih selagi aku mampu :p (dalam siot maknanya nih)

Friday, November 05, 2004

MAJLIS IFTAR DI TROPICANA

Ok geng...kasi posing aaaaa........

Assalamualaikum...sudah agak lama (memang dah lama) aku tak apdet blog nih, bukan apa tapi memang aku sibuk yang teramat sangat semenjak bermula bulan puasa. Dengan keazaman yang padu, jabatan pemasaran giat menjalankan aktiviti mengeluarkan invois yang banyak dan mengejar pembayaran agar kami mendapat advanced bonus dan sedikit duit raya. Dan untuk menenangkan diri kami yang keresahan dan mengeratkan tali silaturrahim di kalangan kakitangan opis aku nih, jabatan pentadbiran dan perakaunan telah menganjurkan sesi berbuka puasa sesama sendiri pasal boss kitorang tak joint sebab ada meeting malam tu. Aku pun musykil gak mende apa yang nak di meetingkan masa berbuka nih :P. Gasak ko laa boss...., janji korang kasi kami bonus.

Aku makan kuih jerrr.... :D

So setelah pihak-pihak berkenaan menetapkan tempat sesi iftar (berbuka) tanpa mengikut undi majoriti (ermm...), maka majlis ini berlangsung di Tropicana Subang...., lawa - lawalah rumah dalam nih. Kuar rumah jer terus boleh main golf... anyway aku sampai kat sini dalam 15 minit lagi sebelum waktu berbuka. So bila sampai kat meja tu kira ngam-ngam laa kan.Pehtu berbuka...makan2 kuih lebih kurang pehtu mengumpat lebih kurang dan balik.

Monday, October 18, 2004

PUASA

.::ASSALAMUALAIKUM::..

Kepada para rakan bloggers sekalian,sempena bulan Ramadhan Al-Mubarak ini sama-samalah kita meningkatkan amal ibadat di bulan yang mulia ini.Aku mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menunaikan rukun Islam ini dengan jayanya.Juga ingin memaklumkan blog ini juga turut bercuti dan akan di apdet sekali-sekala di bulan puasa yang mulia ini.Sekian, terima kasih.....
Yang benar,
PETZ

Friday, October 08, 2004

..::OH ROKOK!!!::..

1 September 2004. Hospital Ampuan Rahimah Kelang. Beribu-ribu kaum wanita telah mendapatkan rawatan pesakit luar manakala terdapat juga yang dirujuk kepada rawatan kecemasan akibat gejala "puting tut tutt" yang lebam dan kempis. Mengikut kajian pihak NGOK sindrom ini adalah diakibatkan oleh kesan kenaikan cukai tembakau dan menyebabkan perokok telah cuba untuk berhenti merokok. Mereka yang ketagihan puting rokok telah menukar tabiat itu kepada put... tut ut isteri mereka. "mula2 makcik suka pakcik buat macam tu, dah lama dah dia tak buat macam tu" kata Makcik Kiah."tapi ni dah kira melampau.. lepas makan je.. nak isap... sampai anak kecik makcik pun komplen tak nak isap susu badan lagi sebab bau jering". "sakit puting akak ni dekkkkk,,, ada ke lepas makan sambal belacan dia nak isap"... paneh puting akak." keluh Kak Eton. "abisssss nak buat camana, harga rokok naik.. abang terpaksa leeee buat macam tu .. lepas gian" Kata Pak Karim. NGOK berkata menurut bancian serta kaji selidik yang dijalankan...kes ini akan mengakibatkan kerugian berbillion ringgit setahun kerana sektor kedai makan dan restoran akan ditutup kerana lelaki lebih suka makan kat rumah sebab depa senang nak isap put tut tutt...

Aku ambik artikel nih dari email dari kawan aku. Adakah senario ini mungkin berlaku didalam masyarakat kita setelah harga rokok naik mendadak???Adakah mereka yang belum berkahwin akan mengadapi masalah kerana takder benda tu???Sama2 lah kita fikir2kan..muahahahhh.

Friday, October 01, 2004

..::WOWWW!!!::..

Nampak canggih laa....

Assalamualaikum....semenjak dua menjak nih aku sibuk sangat sehingga ke sibuk TAHAP DEWA.Pasal tu lah aku tak dapat `apdet` blog secergas bateri energizer tu.Aku dapat rasakan tahap aliran adrenalin semasa aku bekerja semakin kurang dan secara logiknyer aku tak rasa seronok bila membuat keje.Betul ke apa yang aku taip nih???Ntahlah tapi pokoknyer memang aku berasa boring dan buhsan buat pada masa sekarang nih.Anyway forget it ok coz the problem is mine.Let`s the time shake it out.Perghhh speaking London pulak..muahahahh.Pic kat atas nih merupakan interior design salah satu kereta prototype untuk kereta TOYOTA SPORTIVO COUPE yang terbaru.Gempak seyyy...kalau tak silap kereta nih mempunyai 450 kuasa kuda pada 9500 rpm!!!Perghhhh gear satu nih kompom botak bunga tayar pasal pecutannyer amatlah pokeng nyer laju.Kalau sekadar EVO VII ko duduk dediam laa pasal kereta nih memang hebat.Itu pun kalau ko pakai EVO dan jangan risau...memang aku tak mampu beli kereta nih.Aku hanya mampu pakai Proton Wira 1.3GL(M) tahun awal `96`.Errr...ada power steering lagi.Muahahahhh....

Okeh laa...pasal enjin kereta nih aku tak mahir kerana aku bukanlah pomen terhebat(versi pria terhebat???)Tapi apa yang menarik perhatian aku ialah teknologinyer yang SUPER NALLA TAHAP DEWA!!!Kereta ini dilengkapi dengan GPS that stands for Global Positioning System yang berfungsi secara fulltime.Eheheh kenapa???Ada sistem keje part time ke???Muahahahhh........Secara am nyer bila ko ignition je GPS tu automatik berfungsi.Dilengkapi dengan ciri audio+visual yang SUPER NALLA nyer mantap dan dijuga diselaraskan melalui monitor tu gak.Tekan jer butang kat skrin tuh.Pastu korang nak kawal aircond ker,nak segala detail tentang peformence secara current semuanyer dipamerkan melalui monitor tft yang kalernyer SUPER NALLA lawa.Pakai screen touch technology nih.Kebanyakkan panel dalam kereta tu diperbuat dari titanium dan platinum.Kira ringan laa...kalau superman hembus pun boleh terbang kereta nih.Pastu sistem kawalan komputer bersepadu pintar yang ``pandainyer!!!``.Sistem brek 4 cakera berlubang(ventilated disc) dan datang bersama ABS (kira benda biasa sekarang nih) dan EBD (Electronic Brake Power Distributor)dan kawalan penyerap hentakan yang ditala melalui komputer.Kalau ko buat brek kecemasan tapi still boleh CIUM BONTOT kereta lain atau terbabas masuk longkang ke(nasib tak baik masuk gaung!!!Uhuhhuuu...) ini bukanlah salah sistem tetapi kerana korang memandu kereta tu terlalu laju TAHAP DEWA.So sendiri mahu ingatlah kan...Senang cerita beginilah..sebenarnya spesifikasi yang aku taip nih agak biasa cuma apa yang gempak ialah kereta itu sendiri.Lawa dan canggih.Kalaulah aku dapat kereta tu ohhh...uuhhhh....yeahhhhh....bestnyer!!!

P/s:Korang jgn percaya sangat dengan apa yang aku taip nih pasal sumber pasal kereta nih belum disahkan oleh SIRIM mahupun IKRAM.So jgn laa ambik serius sangat ok...muahahahhhh

Monday, September 27, 2004

..::Yeyeyeyyy::..
Ahahahh...Alhamdulillah dengan berkat dan izinNya dapat aku meng`apdet`kan blog aku yg tak seberapanyer ini.Errr...pada pagi ini dengan iringan mp3 surrah Yassin yang mendayu menyedarkan sesuatu yg entahlah....rasa sayu siottt.Rasa insaf kerana banyak dah buat dosa kot???Aisey...,kita kan memang manusia yg tidak dapat lari dari membuat kekhilafan(kesalahan)Tapi wajarkah kita membiarkan diri membiarkan dosa ini dari berterusan???Apakah tindakan kita untuk mewahadahkan diri sendiri agar dapat menjadi manusia yang lebih mukminnyer???
Sebenarnya persoalan ini terletak pada diri sendiri.Memang kalau dah 26 tahun aku hidup secara begini susah kalau nak berubah secara drastik.Bagi aku memang rugi kalau kita tak cuba mengubah diri kita untuk menjadi lebih mukmin.Bagi mereka yg rasa memang diri tu memang baik kepada yg lebih baik.Terbayang kat kepala otak aku nih supaya berubah sedikit demi sedikit setiap hari.Contoh katakan kita hisap rokok 20batang sehari,kalau kita kurangkan sebatang pada setiap bulan Insya-Allah kita akan dapat kurangkan atau berhenti merokok terus pada 20 bulan yg akan datang.Persoalannyer ialah adakah kita mahu atau pun tak???Tepuk dada tanya selera sendiri.Rokok tu hanya perumpamaan...tiada kena mengena diantara yg hidup mahupun yg telah aruah.
Ini bukan persoalan untuk menunjukkan yg aku ni bagus pasal aku rasa aku nih dalam kategori hampehsss.Selalu melanggar atau terlanggar peraturan dalam Islam.Kenapa lak aku langgar?Mungkin aku tak tahu?Atau memang aku tak ambik endah dalam perkara nih?Pokoknyer kita mesti ikhlas dalam apa jua perbuatan.Memang payah nak ikhlas pada masa sekarang nih.Aku akan cuba untuk berubah sedikit-sedikit.Takkan tak mahu cuba sedikit pun.At least aku cubakan........
Memula kita pasang niat...kalau tak berjaya besok kita pasang niat lagi dan lebih serius untuk melaksanakannyer.Gagal kita buat lagi sampailah kita fed up atau kembali kepadaNya.Sesungguhnyer pintu taubatNya terbuka luas kepada kita.So....marilah kita berusaha bersama.Mungkin besok aku akan poyo balik tapi aku akan terus cuba. ;p
Sekian,wassalammm.........

Wednesday, September 22, 2004

..::Mari Bersarapan Pagi::..


Apsal lak henpon aku enterframe tu... ;p

Yeahhhh....untuk memulakan pekerjaan aku pagi nih aku telah mengambil sarapan.Hidangan sarapan aku terdiri daripada segelas besar Neslo panas,tiga bijik Sardine Roll,sebiji telur goreng bulls eye type dan hirisan timun sebagai syarat mengambil sayur-sayuran.Henpon kat sebelah tu hanyalah sekadar hiasan dan aku tak pernah dan tidak akan pernah memasukkan henpon di dalam diet pemakanan aku nih ;p.Entah lah...mungkin kerana effect aku mengambil sarapan pagi nih tetiba lak otak aku menyuruh snap gambar nih.Kebetulan lak aku akan membawa digital camera aku kemana sahaja kecuali ke tandas..muahahahhahh....Errr.....mari kita teliti kos bersarapan di area Petaling Jaya nih.Sardin Rolls RM1.00,Bulls Eye Fried Egg RM0.50 dan Hot NesLo RM1.50 and it cost me RM3.00.Baru sarapan tu!!!Sayur timun yang tak beberapa semenggahnya tu aku suruh kasi free.Tu pasal aku jarang makan tengah hari cuma beli kuih-muih je buat alas perut.Ahahahahah....jimat maa..(tapi tak kaya pon???).

Uhuhhuu...selepas sarapan aku pun masuk opis dan tu diaaa.....keje berlambak siottt..,itu yg aku apdet dulu blog nih ;p....sementara aku masih boleh apdet ye tak???Chayo...chayo...chayo....aku akan memulakan tugas aku dengan bersemangat poyo ;p dengan menghadapi segala rintangan yg mendatang.Go petz go........

Saturday, September 18, 2004

..::Hari Ini Hari Sabtu::..

Yeahh...hari ini hari sabtu dan merupakan sabtu ke3 so kakitangan kerajaan bercuti pada hari nih.Syarikat perbankan dan ada juga syarikat swasta yang mengikuti langkah kerajaan termasuklah tempat aku bekerja sekarang.Tapi dengan cara pendekatan yang berbeza.Setiap staff menikmati dua kali cuti pada hari sabtu tapi secara bergilir-gilir dalam memastikan ada staff yang bertugas pada setiap sabtu.Pagi nih aku drive tanpa menempuh kesesakan lalulintas yang membosankan seperti pada hari-hari normal yang lain.Sabtu pada hari ini aku bekerja dengan semangat yang penuh ;p kerana apa???Salah tu...,aku happy pasal Isnin nih aku akan dapat claim payment yang hanya berjumlah RM ratus-ratus je tapi aku amat bersyukur.Buat mengisi petrol kereta yang aku lanyak tetiap hari untuk pergi dan balik kerja serta membayar tol di Lebuhraya LDP tapi selalu jem gilos baban.
Selepas menaip entry nih aku akan bertolak pulang ke rumah dimana Bonda aku yang lawa tu sedia menantikan anaknyer yang macam macho ni balik.Aku akan makan nasik dan lauk-pauk yang aku rasa memang tetiap hari memang sedap di tekak ni.Pastu mengerjakan apa yang patut sebelum tidur kejap dan cadangnyer aku akan pergi ke Seremban dengan kawan aku untuk berjumpa abang angkat kerana sebab-musabab yang munasabah.Secara automatiknyer aku pasti akan tidur nyenyak bila dah sampai rumah nanti.
Syukur Alhamdulillah aku berjaya mengharungi hari bekerja pada sabtu ini dan menunaikan kewajipan aku sebagai pekerja contoh (cam bagus je) kat syarikat ini.Semoga aku akan terus bersemangat untuk menghadapi hari-hari mendatang dengan yakin dan tabah dalam mencari rezeki yang halal.Berdoa agar pemimpin-pemimpin akan melaksanakan tugas yang telah diamanahkan oleh rakyat jelata dan memastikan keamanan dan keadilan terus terpelihara.
Err besok aku nak tengok wayang dengan siapa eh...;p
P/s:Lapan,dia tak minum susu.Kasi O je ok...muahhhhhh....